Quantcast
Channel: iuzira
Viewing all 621 articles
Browse latest View live

FELINNA BOUTIQUE PERKENAL DUTA & KOLEKSI REKAAN FELINNA RAYA 2016

$
0
0

Kalau bab baju terkini mesti orang pompuan nak tau apa fesyen pada tahun ni yang sesuai di gayakan pada pagi raya nanti. Walaupun puasa belum tiba, bab raya laju je tapi biasalah orang pompuan nak buat persediaan semua nak awal kalau tak nanti kelam kabut , itu tak siap ini tak siap dengan busy kerja lagi bagi mereka yang bekerja. 

Pada 13 mei 2016, Kuala Lumpur. satu butik terkenal iaitu Felinna Boutique telah memperkenalkan duta kepada koleksi rekaan sempena Hari Raya Aidilfitri #FelinnaRaya2016 duta yang bertuah ialahhhh... jeng, jeng, jeng "eh, macam nak sebut nama cabutan bertuah pulak. Okey, mereka ialah pasangan sejoli selebriti Atita Haris dan NasT. majlis yang diadakan di Flora Tarrace. 

Nak tahu kenapa Nadia Felinna Abd Fattah iaitu pengasas Felinna Butik memilih pasangan selebriti sebagai duta ia dilihat berikutan kesesuaian personaliti sebuah keluarga bahagia yang menjadi perhatian di laman sosial Instagram. 

Menjadi ibu muda yang disenangi ramai adalah impian setiap wanita, NasT juga sering mendapat perhatian di laman sosial. Pada majlis tersebut, Felinna turut melancarkan 10 koleksi rekaan #FelinnaRaya2016 yang turut merangkumi tiga rekaan untuk ibu dan anak. Manakala, terdapat juga tiga rekaan menarik untuk para lelaki di pagi raya. Trend dan rekaan yang simple #FelinnaRaya2016 lebih kepada plain atau tidak bercorak menjadi pilihan masyarakat sekarang. Permainan warna warna blocking dan pastel menarik perhatian penggemar rekaan ringkas dan sopan. 



Setiap rekaan, corak dan potong baju biasanya aku selalu ambil berat sepaya bila kita pakai selesa, pakai baju dari sampai petang mestilah kena selesa. Tak sangka,
konsep rekaan #FelinnaRaya2016 kali ini juga menitikberatkan potongan untuk kelihatan lebih langsing dengan permainan warna, fabrik dan perincian setiap rekaan.

Setiap model menggayakan rekaan terbaru felinna butik yang didatangi warna-warna menarik, walaupun ia ringkas tetap nampak menarik ramai. Antara rekaan Felinna raya yang menjadi sebutan di laman sosial instagram dan Facebook adalah rekaan Primrose, Calleryana, Azalea, Kurung Raisya, Kebaya Salma, Orchid , dan Khimar. 




Rekaan lelaki lebih kepada lengkap Kurta moden untuk yang tampil segak untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri nanti. Primrose terdiri daripada 5 warna, iaitu lavendar, kelabu, merah jambu, biru kehijauan dan hitam. Penggunaan material valentro dan chiffon menguatkan rekaan ini untuk tampil lebih menarik. Potongan kembang chiffon di bahagian tepi memberi kesan langsing kepada si pemakai.

Rekaan Calleryana pula merupakan set ibu dan anak. Terdiri daripada 5 warna, antaranya merah jambu, biru, oren, hitam dan hijau. Setiap ibu moden sekarang gemar memakai pakaian yang sama warna dan corak bersama anak jadi mereka boleh memilih rekaan Calleryana untuk digayakan pada hari raya.







RR Exclusive by Rafie Ramli, adalah satu nama baru di bawah jenama Felinna Boutique, koleksi ini diwujudkan untuk membantu para lelaki tampil bergaya di hari raya seiring dengan Isteri masing-masing.

Di bawah RR ada 3 jenis rekaan dikeluarkan. Iaitu kurta moden printed , kurta panel dan kurta plain. "Kurta moden printed merupakan set lengkap kurta dan seluar slack yang menggunakan fabrik berkualiti tinggi sesuai dipakai oleh sang jejaka di hari raya mahupun hari biasa. Fabrik yang sejuk, membantu si suami untuk sentiasa selesa dan bergaya,"

Yang bestnya harga di felinna butik sangat berbaloi iaitu tidak lebih dari RM200. Rekaan yang lain dari pasaran semasa kerana wujudnya poket serong dan keunikan yoke dia bahagian bahu hadapan dan belakang  adalah kekuatan bagi rekaan ini. 


Dalam pada itu, Felinna Boutique turut meneruskan tradisi untuk menyediakan 100 pasang rekaan untuk diberikan secara percuma kepada #HijrahFelinnaLovers, jadi korang boleh beraya dengan hati yang gembira. 


Perlawanan bowling antara best blogger network dan Lynk.my eratkan silaturrahim

$
0
0
Assalamualaikum 
Satu perlawanan bowling telah diadakan sebelum puasa Best blogger network dan Hexa coorperation atau di kenali Lynk.my. Tarikh kejohanan bowling jatuh pada hari Sabtu 4 Jun 2016, eh...dah macam pengumuman puasa pulak. Bertempat di Plaza Alam sentral Shah Alam.

Bila kaki ni aku melangkah ke tempat bowling aku nampak sepasang laki bini iaitu Adzril dan Dhia , sedang tunggu kehadiran peserta lain. Ingatkan dah lambat, haru biru juga la sebab waktu pendaftaran pada pukul 2 petang ini dek kerana mencari parking tak jumpa. Lenguh kaki aku tekan class dan break mencari parking tak jumpa-jumpa. Akhirnya aku putus asa, dan buat keputusan nak parking kat luar elok pulak ada orang nak keluar parking. Alhamdulillah, kalau tak kenalah berjalan kaki sejauh 100 langkah. "hihi, sebenarnya tak pernah pun kira berapa langkah jalan".

Buat pertama kalinya aku main bowling secara team, memang memerlukan kerjasama yang mantop kalau nak menang. Pada mulanya memang segan nak main bowling, cuma beberapa orang saja yang aku kenal dan staf Lynk pun sorang je yang kenal. Hati aku mula berkata, main je la focus pada pin yang nak di jatuhkan walaupun elok je bola tu belok menuju longkang. Fuhhhh, inilah perkara yang aku tak suka bila campak kedepan tetapi bila dah nak dekat pin masuk longkang. Jadi aku buat cara campak dan buat tak tahu, sebab geram asik masuk longkang je bak kata Adzril campak dan lupa. macam takde apa-apa berlaku.  

persediaan yang di buat oleh penganjur sangat teratur dan hadiah yang di sediakan membuatkan para peserta bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hadiah utama. Bukan itu saja hadiah cabutan bertuah juga di sediakan yang tak menang juga tak balik dengan tangan kosong kerana hadiah penyertaan juga di sediakan. 

Mula perlawanan bowling aku dah rasa gementar yakmat, mana taknya aku ja pompuan dekat team tu lepaih tu, team sebelah pun lelaki nak tengok team pompuan main kat hujung baru nampak, tu yang gementar lain macam ja tambah package dup-dap2 alahai, jantung ni berdegup kencang la pulak macam lepas berlari 100 kilometer. Sekurang-kurangnya kalau aku main masuk longkang ada juga orang lain main longkang takda la malu sangat na.

Menjadikan aku confius bila kena tukar line, tak tau pulak main secara team kena tukar line. Ha, sejak tukar line ni yang aku kerap masuk longkang, kejap kiri kejap kanan. Kang aku termain line orang mampuih orang tu dapat markah telur ayam serba salah pula jadinya. Alhamdulillah, kejadian itu tak berlaku lagi sebab aku kerap tengok screen dan anak panah. Itu pun selepas Zakwan zain bagitau tau.... kalau tak aku tak tau, siapa la mangsa yang akan dapat telur ayam daripada aku. hahaha "nasib la".


Hadiah yang sangat awosome untuk para pemenang dan peserta yang bertuah



Ini adalah salah satu aktiviti wajib bila jumpa para blogger dan kaki selfie. Aku suka tengok semua orang bila selfie sebab semua akan memberi senyuman yang paling manis tahap kencing manih. sampai aku pun kena tahan takut cayaq tengok depa senyum.


 ini adalah pemenang katogeri wanita dan lelaki, jangan pandang sebelah mata takut depa buat korang terbeliaq mata.  (^_^)

Ini adalah peserta yang hadir  Encik Fakhrul (penasihat Lynk) dan ahli best blogger network yang hadir adalah Kamil salleh , cahayadiana , Yeopmaz , seri nian , Dhia,  Zakwan zain,  namiacinta , anuar dan lain-lain.  




tahniah kepada pemenang yang mendapat cabutan bertuah, Hari ni tak bertuah jadi cuma ambil gambar bina jer. Terima kasih juga kepada penaja iaitu ikedaikami.com. Kalau korang nak tengok markah penuh boleh ke blog Coretananuar.com markah semua pemain ada kat situ. Nak letak kat sini segan na, jauh beza sangat ketara. 


Rembat anak orang kejap, aku tengok kiut miut je budak ni dengan orang tak nangis tapi masya'allah  tak boleh duduk diam banyak kali juga la snap gambar sebab kejap goyang, kejap nampak perut kejap pandang belakang. Ni pun gambar paling hokey walaupun sempat lagi tangan masuk mulut. Orang kata kalau nak jadi hebat kena bersama orang hebat jadi aku pun bergambar dengan Zakwan nak amik aura tuah dia. Aku dok perati je dia main bowling sokmo strike.... aku penah try main teknik yang cam gitu fiunggggggg, gaya bukan main ada style laju je bola tu gerak menuju longkang, jadi aku terus lupakan teknik dengan gaya yang style mungkin salah teknik ataupun salah sifu. Sifu juga yang kena. hahaha 


ini adalah para peserta dan para penontonnn..... ibu-ibu bapak-bapak yang ada di sini"eh, ternyanyi lagu dangdut pulak" Ni mesti ada yang sambung nyanyi tak pun goyang inul. Bergambar sebelum bersurai untuk di jadikan kenangan bersama. 

majlis buka puasa bersama anak-anak rumah baitul rahmah di vivatel kuala lumpur

$
0
0
Assalamualaikum

Alhamdulillah, dah lama tak buka puasa dengan anak-anak yatim, kali ni dapat juga peluang buka puasa dengan anak-anak yang comel ini di Vivatel Kuala Lumpur. Bulan ramadhan yang mulia ini Vivatel Kuala lumpur telah menjemput seramai 30 orang anak-anak dari rumah Baitul Rahmah, Rawang Selangor untuk berbuka puasa bersama. 

Keprihatinan pihat Vivatel meraikan anak-anak rumah baitul rahmah membuatkan anak-anak ini senyum gembira dapat menjamu makanan yang ada. Majlis iftar ini berhampiran lobi hotel Vivatel iaitu di Retro Cafe. Bila korang melangkah masuk lobi terus nampak Retro Cafe, mudah je nak cari. 


Anak-anak rumah baitul rahmah tiba pada jam 6.30 petang bersama penjaga mereka dengan pengangkutang yang disediakan oleh Vivatel. Pihak hotel telah mengiringi anak-anak tersebut untuk duduk di meja khas yang di sediakan oleh pihak Retro cafe. Kesemua tetamu yang hadir di layan dengan baik bagai tetamu terhormat. 


Acara dimulakan dengan bacaandoa selamat dan diikuti dengan ucapan oleh Pengurus Besar Hotel, Encik Nasir Ismail dan juga Penjaga rumah Baitul Rahmah iaitu Puan Dayang sapiah. Pengurus Besar hetol berkata aktiviti majlis iftar bersama anak-anak kurang bernasib baik adalah salah satu cara pihak vivatel mengambil berat terhadap mereka terutamanya apabila musim perayaan tiba. Setelah selesai ucapan kesemua tetamu di jemput berbuka puasa. Hidangan yang di sediakan oleh pihak Retro Cafe sangat lazat. Banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak makan yang mana satu. Apabila aku tengok sorang-sorang wajah anak-anak rumah baitul rahmah mereka kelihatan ceria dapat makan hidangan yang sedap, aktiviti begini harus di jadikan contoh kepada pihak lain bukan sahaja bulan Ramadhan tetapi di bulan yang lain juga. Agar kita dapat kongsi kegembiraan bersama. Pelbagai jenis juadah di sediakan untuk para tetamu.





Selepas buka puasa dan solat magrib, anak-anak ini telah buat persembahan dengan alunan nasyid dan persembahan ringkas khas untuk para tetamu yang hadir. Tak sangka anak-anak ini telah buat persiapan untuk kami tonton persembahan yang menarik daripada mereka. 


Sebaik sahaja selesai majlis pihak Vivatel telah memberi sedikit "goodies" serta "duit raya" kepada anak-anak rumah Baitul Rahmah.


Rumah Baitul Rahmah didaftarkan di bawah Pertubuhan Baitul Rahmah, bertempat di No. 9, Jalan Desa 7/1 Bandar Country Homes, Rawang. Telah ditubuhkan pada Februari 2010. Rumah ini menempatkan kanak-kanak dari umur 3 tahun hingga 12 tahun yang merupakan anak yatin dan juga daripada keluarga miskin, ibu tunggal dan OKU.

Bagi pihak yang berminat untuk membantu dan memberi sumbangan kepada RUmah Baitul Rahmah sempena hari raya yang bakal tiba boleh hubungi Puan dayang Sapiah di talian 019-6745706 / Puan Habibah Abdullah 0173085667. Rumah ini juga menerima sumbangan seperti dalam pendidikan, kewangan atau peralatan seperti pakaian seragam, buku, dan alat tulis.
Sumbangan juga boleh disalurkan kepada:-

PERTUBUHAN BAITUL RAHMAH
No 9 jalan desa 7/1,
Bandar Country Homes, 
48000 Rawang, 
Selangor Darul Ehsan.

Nombor akaun:
Maybank : Rahmah Resources (562991007549)

Pengetua: Puan habibah Abdullah (017-3085667)
penjaga : Puan dayang Sapiah Abg Azahar (019-6745706)

kelebihan smartphone ZTE Blade V7 Lite

$
0
0

ZTE Blade V7 Lite telefon pintar telah dilancarkan pada bulan Februari 2016. Kini telefon pintar  ZTE Blade V7 Litetelah menjadi tumpuan ramai. Aku suka survey telefon pintar yang ada untuk mengetahui apa kelebihan yang terdapat di telefon pintar.

Demi kepuasan diri dan tak nak menyesal di kemudian hari selepas membeli, aku pasti akan lihat ciri-ciri kamera tersebut, ia amat penting bagi aku kerana setiap gambar yang kita ambil adalah kenangan yang indah dan sukar untuk kita dapat sekali lagi. Apabila telefon kamera tak jelas, kita akan merasa tak puas hati terhadap sesuatu gajet. Nak beli sesuatu tentu ada budget, dalam hal membeli telefon pintar dan sebagai seorang yang kurang berkemampuan serta kedekut, aku cuma budget untuk membeli telefon pintar sebanyak RM800 sahaja. ZTE Blade V7 Lite dikuasakan oleh 1.3GHz quad-core pemproses MediaTek MT6735P tentu harganya mahal dan ia datang dengan 2GB RAM. 


Kenapa aku terpikat dengan  ZTE Blade V7 Liteialah ia mempunyai Multifunction Fingerprint Sensor apabila kita offkan telefon ia berfungsi unlock serta merta, dengan penggunaan 5 jari kita boleh terus ke applikasi yang kita mahukan menggunakan Apps shrotcut. Apps Lock membolehkan kita mengunci aplikasi kegemaran dan kandungan peribadi seperti imaj, teks dan fail. Jadi, takde siapa boleh ceroboh masuk tengok kita punya gambar peribadi.


Ciri-ciri yang terdapat di telefon pintar tersebut membuatkan kita rasa puas hati kerana ZTE Blade V7 Lite mempunyai 8MP dengan flashpada bahagian belakang dan depan sesuai untuk selfie juga mempunyai sikongan pencahayaan bagi mendapatkan gambar yang terbaik dalam setiap sudut seperti Beautify, Vgesture selfie, smile capture face detection dan panorama selfie. Banyak juga kelebihan yang terdapat di telefon pintar ZTE Blade V7 Lite kamera belakang pula mempunyai 13MP AF Auto Mode dan Pro Mode tentu gambarnya cantik seperti menggunakan kamera mahal berharga berpuluh ribu ringgit.



Dengan saiz yang sesuai untuk di bawa ke mana saja memudahkan kita menggunakannya, kalau besar sangat telefon pintar tersebut susah nak simpan dalam beg atau masuk poket. Mempunyai ketebalan 7.9mm dan saiz 5 inci beresolusi HD. Mempunyai sistem operasi Android yang menarik dan menyokong 4G LTE dengan dua sim. 

Selain ciri-ciri diatas mesti ramai yang mahukan kelajuan mengakses internet laju dan pemindahan fail dengan cepat. Ciri-ciri tersebut terdapat di ZTE Blade V7 Litejadi korang mesti suka dan tak perlu tunggu loading untuk akses internet, pilihan penyambungan termasuk Wi-Fi, GPS, Bluetooth, 4G.


Nak tau harga  ZTE Blade V7 Lite ni? ianya hanya RM699 je, amboi murahnya ada lebih rupanya duit yang aku budget untuk dapatkan sebuah telefon pintar. Tapi disebabkan tengah ada promosi telefon pintar ZTE Blade V7 Liteberharga RM499.

Wah, murahnya rasa nak dapatkan sekarang je, bukan selalu ada promosi macam ni. Kalau korang nak beli telefon pintar ZTE Blade V7 Lite boleh ke laman web lazada #LazadaZTEv7Lite ,kena cepat tau kepada yang tengah plan nak beli telefon baru, takut promosi tamat. Sangkaan aku meleset, sebelum dan selepas promosi tetap harga mampu milik cuma kita dapat jimat sedikit duit yang ada jika beli semasa promosi. Dah tau apa kelebihan yang terdapat telefon pintar inikan apa tunggu lagi cepat buat tempahan sekarang. 

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest
ZTE Blade V7 Lite and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

koleksi lebaran dari benang hijau 2016

$
0
0
Assalamualaikum

Lagi dua minggu lebih je nak dekat raya, mesti banyak butik yang mempunyai koleksi baju raya yang cantik-cantik, salah satunya Benang hijau. Pada rabu lalu 15 Jun 2016 Benang hijau telah memperkenalkan sebanyak 20 koleksi pakaian dan tudung sempana lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi. Pertunjukan koleksi pakaian dan tudung tersebut menggugat keinginan aku untuk memiliki koleksi dari Benang hijau. Design yang menarik dan tidak terlalu penuh dengan corak membuatkan aku ingin memiliki sekurang-kurangnya sepasang baju raya. Bukan itu saja, Benang hijau juga telah melancarkan dua koleksi eksklusif iaitu Autum Tree Dress dan Blossom Sakura Dress. Ini adalah koleksi istimewa inspirasi empat musim. Koleksi ini semuai digayakan di majlis-majlis istimewa kerana ia diperbuat daripada kain yang lembut.



Ramai yang suka gaya yang sederhana supaya boleh dibawa ke mana-mana acara, Puan Fadzilah Mamat berkata, beliau mempunyai perancangan untuk menghasilkan koleksi musim panas dan musim sejuk supaya Benang hijau boleh dipasarkan di luar Negara. Jadi, kepada mereka yang berada di perantauan korang boleh dapatkan koleksi yang bakal dihasilkan oleh benang hijau tak lama lagi serta boleh digayanya di sana apabila menjelang aidilfitri.

Antara koleksi yang digayakan pada majlis tersebut ialah Marissa, Maia, Mikayla, Eriqa dan Orked Kebarung. Sementara stok masih ada dan design yang masih panas jangan lepaskan peluang untuk dapatkan pakaian dari Benang Hijau. Mereka akan mengeluarkan lebih 10,000 helai bagi baju dan 10,000 helai tudung sempena Hari Raya Aidilfitri. Jangan nangis belakang pintu jika ada rakan-rakan mengatakan design banyak dah habis, kebiasaannya sempena hari raya benang hijau akan menyediakan stok yang secukupnya.




Siapa yang nak dapatkan koleksi tersebut boleh ke laman web www.benanghijau.com sebelum sedara atau jiran membelinya terlebih dahulu. Kebiasaannya, aku dan kakak akan tunjuk baju baru yang kami beli supaya design tak sama sebab nanti boleh tukar-tukar baju kan seronok ramai kakak walaupun selalu gaduh. Hanya satu baju sudah memadai untuk digayakan di pagi Syawal. Harga tudung bermula RM19 hingga RM79 manakala koleksi baju pula bermula RM99 hingga RM249. 


Jarang kita nampak design macam ni kan, nampak unik dan stylo je. Sekarang boleh usha butik benang hijau untuk dapatkan koleksi yang ada. layari laman web www.benanghijau.com 

Jenama Fossil semakin Popular

$
0
0
Assalamualaikum 

Bab-bab jenama ni kadang-kadang aku tak ambil tau sangat asal cantik dan boleh digunakan itu sudah memadai bagi aku. Beg pasar ka, baju bundle ke aku pakai yang penting selesa bila guna barang tersebut. Seorang yang kurang berkemampuan nak beli yang mahal sayang duit, boleh di gunakan beli benda lain, bukan senang sekarang nak cari duit. Nak pergi mana-mana perlukan duit. Tambahan pula kos rasa hidup makin meningkat, zaman sekarang tak boleh terlalu memilih sama juga dengan kerja rembat je dulu mana yang dapat.

Walaupun aku seorang yang simple tapi teringin juga pakai barang berjenama, kalau nak beli biar tahan lama, bila dapat tahu jenama Fossil menawarkan koleksi beg tangan, jam tangan dan aksesori. Sebagai seorang wanita keinginan membuak-buak serta ingin memiliki koleksi baru tidak boleh dihalang setelah usha jenama Fossil yang ada iaitu jenama antarabangsa dari Amerika sangat memuaskan. 


Koleksi wanita, sesuai digayakan ketika bersantai kerana warna yang lembut serta tidak terlalu terang.

Produk yang benar berkualiti dan dikenali seluruh dunia menjadi pilihan para penggemar fesyen. Kini Fossil Malaysiamempunyai beberapa cawangan di setiap pusat-pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota. Aku terasa pelik kenapa jenama Fossil ni semakin popular rupanya mereka menghasilkan koleksi jam tangan dan beg tangan yang direka dengan sentuhan ekslusif, elegan dan pada masa yang sama cukup trendy setaraf antarabangsa. Koleksi jam tangan Fossil dan beg tangan yang berkualiti ini ditawarkan dalam harga yang amat berpatutan berbanding jenama antarabangsa yang lain jadi berbaloi sangat kalau korang dapatkan jenama Fossil kalau korang rasa mahal sedikit takpa yang penting boleh pakai lama dan boleh bagi tujuh keturunan sebagai harta pusaka yang paling lagend.

Koleksi untuk jejaka, kualiti yang tahan lama sesuai untuk lelaki yang lasak.

Kalau taknak hadap jem pergi beli belah korang boleh shopping secara online, malah ia lebih mudah tengok jenama Fossil yang ada. Kesemua jenama Fossil ini amat berkualiti dan boleh digunakan dalam tempoh waktu yang cukup lama. Jenama Fossil telah ditubuhkan lebih daripada 30 tahun jadi tak hairanlah kalau ia semakin popular dan menjadi pilihan ramai.

capai impian memiliki kulit cantik dengan Rosysecret beauty drink

$
0
0
Assalamualaikum 

Bila tumbuh jerawat seketul mula la gelabah cari produk untuk kembali mulus, lagi tention bila ada bekas jerawat. Masa kini semua wanita inginkan kulit sihat dan bersih serta bebas dari jerawat. Sedikit cacat cela pun kalau boleh taknak ada dekat muka.


Aku ni kekadang amik endah tak endah ke, bila dah kene setepek kat muka baru menyesal asik belek je muka depan cermin sampai cermin jelek tengok muka aku. Soal kecantikan amat penting untuk keyakinan diri demi sesebuah kejayaan bukan mendapat pujian orang ramai. wanita yang sudah berumah tangga perlu lebih menjaga kecantikan untuk memikat suami. Zaman sekarang ramai ramaja yang aku perati sudah pandai menjaga kecantikan dan penampilan diri. Berbeza sangat masa aku dulu-dulu hanya pakai bedak saja untuk putihkan muka. 

Banyak produk kecantikan yang aku tengok semakin meningkat dipasaran tetapi tak semua sesuai untuk kulit kita. Keberkesanan sesuatu produk perlu di titik beratkan supaya tidak terasa membazir apabila sudah membelinya tahap kesesuaian produk berlainan setiap orang mengikut jenis kulit.




Siapa pernah tengok cerita Hello Mr perfect? kepada peminat Ruhainies yang nak tau apa rahsia beliau adalah Ruhainies telah guna produk Rosysecret Beauty drink dengan konsisten. Rosysecret Beauty drink dihasilkan daripada bahan semulajadi, seperti Strawberry, Buah Goji, biji anggur, Buah Delima Madu Asli, dan Serbuk Mutiara. Cara menggunakannya sangat mudah tak perlu bancuh terlebih dahulu untuk minum hanya perlu koyakkan sachet dan terus sedut saja. Amalkan tiap hari dah dapat kulit cantik mulus seperti Ruhainies. Pengambilan supplement jenis cecair lebih cepat tindak balas jika dibandingkan serbuk dan tablet. Selain itu, pengambilan pemakanan juga harus jaga lebihkan sayuran dan buah-buahan untuk membaiki kulit dan jangan lupa minum air masak dengan kuantiti yang banyak juga.

Kesan awal  Ruhainies Rosysecret Beauty drink
  1. Kesan seawal 3 hari
  2. tona wajah lebih sekata, cerah dan cantik
  3. anti penuaan dan menjadikan kulit lebih anjal dan gebu
  4. mengurangkan lesu dan menambah tenaga
  5. mengurangkan jerawat, bintik hitam dan lingkaran hitam bawah mata
  6. mengurangkan lapar dan mengawal berat badan
  7. memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dan organ dalam
  8. menghilangkan lebgug pada sendi
  9. meningkatkan imininasi dalam badan
Testimoni pengguna Rosysecret Beauty drink



Review daripada dirisendiri apabila amalkan Rosysecret beauty drink 

apabila amalkan Rosysecret beauty drink aku rasa, kulit makin pulih setelah jerawat berada dekat muka selama 3 minggu. Bukan senang nak hilangkan bekas jerawat bila dah sebati dekat kulit kita. Risau juga la masa mula-mula bila ada jerawat dekat muka. Alhamdulillah, kulit semakin pulih bila konsisten Rosysecret beauty drink. 

Jika berminat boleh hubungi nombor di bawah:

Harga Semenanjung RM120 untuk 15 sachet
sabah dan sarawak RM130 untuk 15 sachet

Whatapp: 019-2663410 / 60192663410
instagram: @ruhainies.rosysecret
Email: ruhainies.rosysecret@gmail.com

Matic dan Peaaceyallfm bekerjasama melancarkan program Culture Blitzz

$
0
0
Assalamualaikum

Program Culture Blitzz telah mengetengahkan kesenian dan kebudayaan Malaysia di destinasi tumpuan para Pelancong atas kerjasama Matic dan Peaceyallfm. Kalau korang nak tahu program ini unik sangat sebab program ini berbeza ia memberi pendedahan kebudayaan dan warisan seperti makanan tradiri bubur lambuk dan tarian tradisional. 

Masa aku sampai matic, para chef tengah tahan kereta bagai polis trafic dan menyebabkan jem seketika. Eh, depa tahan bukan nak ajar masak tapi nak beri bubur lambuk yang di masak dengan penuh kesabaran di bulan yang mulia ini dan dengan penuh kasih sayang. Jadi berhati-hatilah kepada mereka yang telah menerima bubur lambuk tersebut pasti balik rumah teringat-ingat masakan chef di Matic. Selain beri bubur lambuk di tepi jalan para artis telah menaiki KL HOP ON HOP OFF yang merupakan bas duble dacker yang menjadi daya tarikan pelancong. Bila korang naik boleh fefeling macam kat korea selalu bila tengok cerita korea cuma dapat berangan je bila mengalaminya sendiri pasti seronok tapi di sebabkan aku terlepas masa bila dorang akan ronda-ronda KL rasa rugi sangat tak dapat alaminya sendiri. Patutlah ada yang tegur kenapa tak naik bas? masa tu aku blurrr seketika aku cakap datang naik LRT bukan bas. hahaha "malu diri sendiri" orang tanya lain aku jawab lain. 


Bas tersebut ronda sekitar KL Tower, Jalan Bukit bintang, dan KLCC bagi mengedarkan bubur lambuk kemudian ke Matic semula. Kerjasama yang sangat bagus apabila matic serta radio matic.fm bersama PeaceYallFm menyemarakkan kesedaran kepada masyarakat mengenai industry pelancongan dan kebudayaan Malaysia.

Program yang bakal berlangsung mulai Julai 2016 ialah:
  1. Persembahan Tarian Kebudayaan (setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum dari 3 hingga 4 petang)
  2. Teater Mak Yong 19-20 ogos 2016
  3. Persembahan tarian klasik India 26-27 September 2016
  4. Orkestra Tradisional Malaysia 2-3 September 2016
  5. Puteri Lindungan Bulan 14-15 Oktober 2016
  6. Ambang Tahun Baru Matic 31 Disember 2016
Masa program tersebut dorang ada juga buat persembahan, yang aku ingat lagunya "jari-jari" begitu cetek daya ingatan aku. Bukan main semangat dorang menari goyang sana gotang sini sampai penonton pun ikut menari aura penari memang dasyat nasib baik aku masih boleh tepis aura tersebut kalau tak aku pun terikut menari juga.


Siapa yang belum tahu tentang peaceyallfm ia adalah Radio Online bervisual berkonsepkan Radio Interaktif yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato' Ac Mizal atau di kenali sebagai Mr Versatile yang merupakan usahawan berjaya, pelakon, penyanyi pelawak dan pengacara serta bekas penyampaian radio popular. Datin Emylia Rosnaida merupakan 'vice president' Peace Yall Fm dalam bidang peragaan, lakonan dan merupakan seorang usahawan berjaya. Peace yall di terajui oleh En Rashidi ishak sebagai ketua pegawai Eksekutif yang professional dalam bidang peragaan, lakonan dan muzik.

PeaceYallfm bersiaran selama 24jam sehari. Korang boleh muat turun aplikasi di "app store" bagi pengguna iOs atau"Google Play Store" untuk pengguna peranti Android. Selain tu, kalau korang nak dengar Peaceyallfm boleh layari www.peaceyallfm.com  menerusi komputer atau pelayar mudah alih. 


Sedih tengok gambar ni, bukan senang nak bergambar dengan dato' AC cahaya aidilfitri telah menyinari Dato' jadi gambar pun kurang jelas dan tak cantik.


Syuk dari kumpulan balas, SYJ dan dotdot aku tak ingat apa nama kumpulannya yang ketiga. wah, makin parah ingatan aku sekarang ni. Kumpulan mana korang ingat beliau? 


Terima kasih kak Anna telah jemput ke program yang super awesome ni. Memang sangat berbeza dengan program yang aku hadir sebelum  ni. Masa berlalu begitu cepat dan santai je tidak terlalu formal walaupun ramai juga para artis yang hadir seperti Arja Lee, Datin Emilia, Wan Raja Lawak, Pemenang Dangdut Star, Zahid, encik mimpi, Syuk, wani carrie dan ramai lagi.


Tak sangka jumpa encik mimpi dekat program Culture Blitzz ni. Terkejut juga la nampak pak bertopeng ni datang, biasa jumpa dekat karvinal yang open kepada orang ramai bila jumpa kat matic dan ia khas untuk tetamu jemputan dua-dua terkejut. Nasib baik takde sakit jantung. 

program ini secara tak langsung dapat mempromosikan pusat pelancongan Malaysia (MATIC) sebagai salah satu ikon dan pusat informasi pelancongan dan kebudayaan negara. Objektif peaceyall pula bertujuan menyuntik minat Generasi Y merasai inovasi teknologi masa kini yang menjadi perantis radio interaktif bervisual dwibahasa pertama di Asia Timur Selatan. Sesiapa yang download App Store peaceyallfm semasa program ini dilancarkan satu dunia boleh tengok kitorang. Nasib akulah dan jangan terkejut kalau korang ternampak aku tengah masa dengan rakusnya tanpa menghiraukan camera yang ada di sekeliling.


jumpa doktor di MPH

$
0
0
Assalamualaikum  

Baru baca tajuk entry mesti korang dah pelikkan sambil kerut-kerut dahi, awat aku jumpa doktor kat MPH bukannya dekat hospital. Korang ingat lagi entry ini tak? sebelum aku gerak ke event tu, saja baca entry kakpatin , aku salah seorang pembaca setia blog beliau. Sementara tunggu masa berlalu, terbaca post yang kakpatin berada di MHP. Memang dah lama nak jumpa doktor sorang ni, humble je orangnya, asik baca blog je tingin juga nak jumpa empunya blogkan. 

Selain itu, korang mesti tertanya-tanya buat apa la doktor kat MPH, takkan bedah orang kot. Sebenarnya penulisan yang di tulis oleh para doktor telah jadi best selling iaitu Diagnosis 2 dan mereka menang ANUGERAH BEST OF MPH TOP 3 BUKU MELAYU NON FIKSYEN TERBAIK 2015 bersama 6 doktor yang lain, tahniah ya kepada semua yang terlibat.

inilah doktor Fatin Liyana dan Doktor Anwar Fazal, baby Ajda sedang di buai mimpi. zzZZZ "tidur tanpa hiraukan orang keliling"

disebabkan penulisan tersebut menjadi top selling, MPH telah melantik para doktor menjadi duta membaca sambil beramal. Cara ini mudah kita dapat pahala secara tak sedar beli buku dapat pahala. Siapa yang suka beramal sama ada di bulan puasa atau pun bukan kena beli buku yang di khaskan oleh MPH, bukan sahaja Diagnosis 2 je banyak buku lain boleh pilih tapi tak semua. Pelantikan mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang SDH. 



SDH bermaksud syima dan hasyim. huhu, yang tu tipu macam tajuk budak-budak sekolah tengah bercinta tapi maksud sebenarnya ialah SEKOLAH DALAM HOSPITAL. SDH ini penting kerana kalau ada budak yang tak dapat hadir ke sekolah akibat kemalangan dalam jangka masa yang panjang, lepastu ada peperiksaan penting macam UPSR atau PT3 jadi inilah pentingnya SDH. 


Cuba kita pikir mereka yang perlu duduk hospital dalam jangka yang lama, tak kan nak ulang alik pergi sekolah lepaih tu pergi hospital semula. Takut dalam perjalanan tetiba dorang sakit dan perlu rawatan segera masa tu pulak jarak hospital dengan sekolah jauh, kan dah susah nak panggil ambulan "nino ninoooo" dah ambil masa yang lama tu belum lagi jalan jem. Jadi, inilah kepentingan SDH mereka boleh belajar dengan happy dan kalau tetiba sakit doktor boleh bergegas jumpa dengan pesakit tanpa perlu tunggu masa yang lama untuk rawat tapi tak banyak hospital ada SDH kerana mereka masih kekurangan tenaga pengajar dan gadget untuk membantu dari segi pembelajaran. 

Cara untuk membantu mereka adalah;


1. Pergi MPH 
2. Beli KAD MUTIARA KATA yang berharga RM10
3. Beli buku yang tersenarai dalam list RAKAN MPH MUTIARA KATA dan enjoy diskaun sebanyak 15%
4. Baca sambil beramal dan niatkan di hati untuk bantu mereka yang memerlukan

Kalau korang nak tau buku apa yang tersenarai untuk SDH boleh pergi ke MPH dan tengok sendiri senarai yang ada. Memang banyak sangat sampai tak tau nak beli yang mana satu. Semoga dapat pahala berlipat kali ganda. 

innergie pengecas 3 USB

$
0
0
Assalamualaikum  

sebelum mula membebel, aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua tak kira muslim atau bukan. Alhamdulillah, rezki di akhir ramadhan dapat INNERGIE iaitu produk terbaik yang bakal berlegar-legar di pasaran tak lama lagi. Bayangkanlah, produk yang orang jarang tengok dan gambar pun tak menjelaskan secara terperinci apa kegunaannya siap ada yang cakap macam earphone, tenaga solar serta benda yang tengok dari jauh macam berudu. Siapa yang tak tahu berudu, meh aku bagi tau... ala, binatang yang lompat-lompat tu sebelum jadi katak "ong gedek-gedek" . lawak hambar huhuhu.

Kalau sekadar tengok jer memang tak puas, mesti kita nak tahu apa kegunaannya dan kenapa bentuknya sebegitu rupa. Bila dah dapat, amboi bukan main berat lagi kotak ni bentuk berudu pun berat ke? tapi gambarnya nampak menarik. 

bila dah buka kotak, tadaaa... bukan main puas hati, seronok la raya dapat innergie lifehub pengecas 3 USB yang menjimatkan plug, korang tak payah bawak extension ke hulu ke hilir lepas ni kalau nak charge phone atau powerbank. Bila ramai adik beradik macam aku ni, semua orang nak guna charger untuk charge phone, zaman sekarang smart phone walaupun pakai sekejap, bateri cepat habis nak upload gambar pun susah lepas tu bila nak charge phone, semua orang tengah guna plug, kadang-kadang baru sesaat pergi dapur, tengok phone adik tukar phone belum sempat penuh bateri phone aku. Kekadang aku mula naik angin, walaupun USB dan charger itu dia punya.... emosi lebih dan tak sedar diri namanya. hehehe

Seronok raya kali ni, tak payah bergaduh lagi berebut plug atau charger nak charge phone, sebab dah ada INNERGIE tiga dalam satu. Satu plug boleh charge 3 phone dalam satu masa. wahhh, syokkan macam ni, charge sama-sama makin erat lagi silaturrahim sesama adik beradik di hari raya ni. Siapa ada pengalaman berebut charger dengan adik beradik?? korang kena dapatkan INNERGIE secepat mungkin tak seronok la raya-raya semua orang bermasam muka, takut air yang manis pun jadi masam kerana berebut charger. 


Bila tengok gambar ni korang suka yang mana satu? belah kiri ke belah kanan. 

Sesuai juga untuk travel, kalau travel berduet dengan suami boleh kongsi plug guna INNERGIE nampak sweet gituuu. Biasa kat hotel tak banyak plug, pakai innergie semuanya mudah tak payah lagi tunggu giliran nak charge phone. Yang nak dapatkan pengecas innergie tunggu ia merada di pasaran ya.

info lanjut 
laman web : Innergie 

Iftar bersama hai blogger di Kantan Hotplate

$
0
0
Assalamualaikum  

Dah tahun ke tiga rupanya Hai Blogger buat iftar cuma tahun ini baru berpeluang iftar bersama hai blogger. Memang dah lama sangat dan berharap dapat iftar bersama hai blogger di sebabkan masalah pengangkutan terpaksa lupakannya buat sementara. Tahun ni banyak juga iftar yang aku hadir sama ada bersama media atau blogger. Mungkin ingin membalas dendam yang kesumat di hati dan kali ini membalas dendam hadir ke semua jemputan tapi kalau terlepas email tu nak buat macam mana bukan tiap hari aku tengok email. Sementara tinggal di KL aku cuba hadir ke semua jemputan yang ada selain waktu kerja. Bulan ramadhan pula, gigih lepas abis kerja terus bergegas pergi event.


Hai Blogger telah menganjurkan majlis iftar diKantan Hotplate. Ubah selera iftar makan makanan omputih pulak, asik makan buffet je kan sekali sekala tekak ni pun nak merasa makanan lain. Kami telah di hidangkan makanan yang berkonsepkan western. Makanan kat sini memang banyak pilihan ikan bakar dan daging steak dan yang paling rare air Mentol. 

Hidangan yang berkonsepkan Westasia memang sedap jarang jumpa makanan macam ni, sajian buka puasa semasa bulan ramadhan sangat menyelerakan. Ingat kawasan kampung pedalaman makan sayur je ke, lokasi di Kajang makanan pun dah upgrade. Ramai yang tau, asal kajang je SATE KAJANG, apa kata rasa makan di  Kantan Hotplate. Siapa yang nak ke di sini boleh waze, kalau naik public transport boleh naik KTM tapi turun di KTM kajang seterusnya dapatkan teksi, grab car atau Uber untuk ke sini ambil masa 10 minit je.

Kantan Hotplate adalah pemilik penyanyi Amir Pearl siapa suka nyanyi dan sumbangkan lagu dulu-dulu dan kaki karaoke mesti korang tau tajuk lagu "Aku Tak Bersalah". Aku bukan kaki karok di tempat karaoke tapi aku hanya karok di dapur sambil masak sambil melalak, walaupun mak aku cakap nanti kawin dengan orang tua tetap aku tak endahkan akan kata-katanya. Inilah orang muda zaman sekarang tak nak dengar nasihat orang tua. Okey, nak kongsikan gambar makanan duluan.


Ikan bakar, ini adalah menu yang di gemari oleh semua pelanggan kalau takde ikan bakar rasa ada yang tak cukup je lauk kat sini. Sambalnya pun melempah-lempah hampir menutup seluruh ikan kembung nak lagi sedap perah dengan limau. Perghhh, gabungan sambal dan limau tu terus sebati rasanya pun tak terlalu pedas.



Grilled Lamb, Iftar yang jarang orang makan apabila buka puasa 



Ini pula Nasi goreng kamping &  salmon sup, di sebalik nasi goreng itu rupanya ada kambing yang tersembunyi. Ini baru namanya nasi goreng kambing. Sedih tau pernah order nasi goreng seafood tapi bila dapat cuma ada udang dua ketul je tak tau la nak cakap nasi goreng seafood ke nasi goreng + udang dua ketul



Kopi senyum, bila minum air ini aku akan tersenyum bukan di sebabkan dapat durian rutuh tapi ia di sebabkan dapat idea menulis secara tiba-tiba mungkin kerana kopi senyum "air mentol" yang paling rare di abad ini.


okey, dah bersedia nak makan tapi, eh... jap-jap ni nak baca doa ke, nak tepuk amai-amai belalang kupu-kupu?? bukan main seronok lagi bila makanan dah sampai.

Kalau nak cari kelainan buka puasa boleh la singgah Kanta Hotplate , tempat pun bersih dan selesa nak jamu selera. 



Nak ucap terima kasih kepada Day & Night Cookies by Priceless Touch sebab sudi sponsor cookies ni, rasa chipnya sangat sedap yang paling penting bekasnya aku suka sebab nak buka tak susah dan tak terlalu ketat, nak tutup pun senang. Angin tak mudah masuk bila tutup. Biasanya cookies macam ni kalau penutupnya tak rapat mudah lemau dan dah tak sedap.


ini antara blogger-blogger yang hadir  halimbrothers.com,norazaminayob.wordpress.comieyra.comtravelogueofnajihah.comzakwanzen.comzakersonpace.com jemput tengok simple video sesama iftar kami di kanta Hotplate.


Pemilik Kanta Hotplate, iaitu Amir bukan saja pantai menyanyi tapi pantai memasak, jom layan lagu ni fefeling zaman 90an jap
KANTAN HOTPLATE

Lot 13595, Jalan Sungai Kantan, 

43000 Kajang, Selangor 
No. Tel: 011-20002211 

Waktu Operasi: 
Setiap hari
6.00pm-12.00am 

Facebook: Kantan Hotplate
Instagram: @kantanhotplate

zack kapcai filem komedi baru

$
0
0
Assalamualaikum  

ada satu cerita yang korang kena tengok ia dekat dengan masyarakat seperti elemen persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang dan percintaan yang sedang di tayangkan pada 14 Julai 2016, korang kena kunci tarikh untuk tonton. kalau semua dah kunci boleh tengok reramai. Sebuah filen komedi yang membariskan pelawak terkenal dan korang akan gelak sampai sakit perut.




barisan pelakon yang membintangi filem zack kapcaai ialah Fad Bocey, Syuk SYJ, Julia marin danRahim R2



Zack Kapcai : Movie Day Out Bersama Bloggers


kalau korang minat dengan motor atau tengah stress inilah ubatnya, boleh hilangkan stress bila gelak, lipa sementara stress yang ada. Selain itu, Epy Kodiang, Shahfiez yang terkenal sebagai "stun man" dalam dunia permotoran dan juga Serina Redzuawan kini membuatkan "comeback" di dalam dunia lakonan.

Filem komedi memang aku selalu tangok, orang banyak masalah katakan kena hilangkan stress sekejap kalau tak sakit kepala wooo, kalau asik pikir je. Semakin membesar semakin banyak dan besar dugaan yang mendatang jadi bila aku tengok movie Zack kapcai dengan para blogger lepastu jumpa pulak blogger yang sekepala dengan aku memang lupalah segala masalah yang ada lepaih tu tengok pula movie komedi gelak terbahak-bahak la cuma belum ke tahap keluar anak tekak je. Kalau keluar ini kes berat, risau ada yang sakit tekak lepas tengok filem Zack kapcai.

Untuk pengetahuan korang antara filem yang bakal muncul pada masa akan datang ialah Volkwagen Kuning (22 september), Dorm Melati dan Hospital. Eh, ada pulak mana kakak aku kembang kuncup la nanti bila ada nama dia. Sikit-sikit melati, Lagu nama melati, taman nama melati, nama tempat melati, bunga pun melati. Tak jadi pelakon, nama pun dah femes amos apatah lagi kalau dia belakon. 




Apesallah aku senget, takut kena langgar motor kot. Eh, zack ( fad bocey) bawak motor jangan laju-laju na. aku masih sayangkan nyawa dan tak mahu duduk hospital, bosan tau duduk situ. Inilah seketul iuzira yang dah senget. "Dahlah berdiri senget makin senget pulak tu, yang pergi marah bannar apasal?" 


Sinopsis Filem Zack Kapcai

Sebuah filem yang menunjukkan seorang remaja gemar berlumba motor iaitu zack (fad bocey), minat Zack terhadap motor sukar untuk dihalang tetapi ditentang keras oleh ibunya Minah (Serina Redzuawan). Ini kerana suami Minah seorang raja kapcai ketika dahulu dan darah raja Kapcai mengalir ke dalam badan zack, kerana geralan Raja kapcai hubungan Minah dan Rudy berakhir

Selepas memenangi Qistina "buah hati Roy" yang selalu bersama Roy kini ia di rampas oleh Zack. Qistina adalah motosikal kesayangan milik Roy. Zack dan Roy dulunya kawan baik kini hubungan mereka bertukar kepada musuh. Minah yang tidak mahu zack ikut perangai ayahnya terus memarahi zack dengan teruk sehingga insaf dan berjanji tidak akan  berlumba dan merempit lagi. Apabila zack menjumpai poster lama Rudy (rahin sepahtu) dia nekad untuk menjejaki ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah.


Apabila hendak ke luar berjalan Roy akan menaiki Qistina tetapi ia sudah di rampas oleh Zack. Sehingga Roy sudah gila bayang merindui Qistina. Untuk dapatkan semula Qistina, Roy nekad mencuri motosikal tersebut daripada Zack. Apabila hendak mencari ayah dan adiknya Zack sangat kecewa kerana Qistina sudah hilang dan dia tidak tahu bagaimana hendak cari ayah dan adiknya tanpa kenderaan. 

Minah memberi semangat kepada Zack dan terus mengeluarkan motosikal lagenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkannya. Di pertengahan perjalanan, Roy dan Zack bertembung, zack terjumpa sekeping gambar lama semasa mereka bergambar dan menjadi sahabat baik. Mereka mengenang kembali kenangan lalu dan terus menjadi sahabat baik semula. Nak tahu adakah Zack dapat mencari ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah ataupun Zack putus asa tujuannya ke Kuala Lumpur dan pulang ke kampung. Adakah kehidupan Rudy dan Tasha (Julia Marin) menjadi kaya selepas berpisah dengan Minah atau sebaliknya. saksikan Zack kapcai yang sedang di tayangkan sekarang.



Okey, yang tadi senget yang ni pulak teleng. hahaha, aku tak paham kenapa kena bergambar sebegitu rupa. Mungkin taglin atau masing-masing dah penat. 


kesimpulannya, filem Zack Kapcai sangat berbeza walaupun ia mengisahkan kisah mat rempit tetapi ia lebih kepada kekeluargaan dan sahabat. Filem wajib di tonton, mesti tengok. 




Yang tak sabar nak tengok kat wayang, meh tengok trailer dulu. Cantik motor kapcai, suka sangat tengok motor lagend tu. Disebabkan ia warna oren makin aku suka terhadap motor kapcai milik Rudy ni 


ninebot alat memudahkan kita bergerak

$
0
0
Assalamualaikum  

Korang pernah tak tertanya-tanya kat diri sendiri, kenapa takde produk yang memudahkan kita untuk berjalan kat shopping complex. Aku pulak jenis suka survey barang dulu sebelum beli dari tingkat satu hingga 10"itu pun kalau larat la"lepaih tu turun tingkat 3 atau 4 baru beli barang yang berkenan, gigih aku berjalan tapi segigih aku pun berhenti-berhenti juga rehatkan kaki nak tercabut kaki aku duk berjalan je dari tadi. 

Kalau pertama kali pergi sesuatu tempat... lagilah, jakon habis setiap kedai aku masuk nak tengok apa yang best kat kedai tu. Kalau pergi dengan kawan confirm takkan sempat nak tengok satu-satu kedai. Kata pompuan pot pet, pot pet la banyak, asik berborak je. Itu belum lagi suruh bagi cadangan baju ni cantik tak? baju yang tu okey ke? yang mana satu sesuai? Kalau satu kedai dah satu jam lebih, macam mana nak survey sampai tingkat 10. Itu baru pergi dengan kawan belum lagi dengan mak atau budak kecik. Mesti kerap berhenti kalau budak pula nak mintak dukung. Ini lagilah,belum sempat hilang penat dah tambah penat nak kena dukung budak. 

Sebenarnya aku tak sangka, cakap dalam hati pun orang boleh dengar apa yang aku katakan. Kini ninebot adalah sebuah teknologi terbaru yang memudahkan korang berjalan, hanya berdiri diatasnya dan kawal mengikut pergerakan badan.

Bila aku tengok  ninebot, sebenarnya agak terkejut, hebat juga dorang ni boleh baca fikiran aku. tengok-tengok ada kat pasaran. Memudahkan untuk kita berjalan, kalau parking penuh dan jauh ke tempat shopping complex dan korang adalah orang paling malas nak berjalan jauh, terpaksa juga parking tempat jauh, sesuai sangat dapatkan ninebot. Naik je terus jalan, tapi kena imbangkan badan dan kawal elok-elok itu yang penting.


Ninebot - P, teknologi yang semakin canggih memudahkan untuk kita bergerak ke mana saja. Kenderaan yang di percayai dan selamat untuk digunakan. Ninebot-P ni ada ciri-ciri keselamatan tersendiri untuk melindungi keselamatan pemandu. Jadi, korang tak perlu risau kalau nak naik Ninebot-P. Nak jalan-jalan kat taman ke boleh naik ni, syok sangat bila dah pro, dan kau akan lupa diri, asal usul bila dah hebat naik Ninebot-P sebab aku teruja bila ia boleh gerak ke mana saja kaki pun tak lenguh(muka berlagak terserlah sambil senyum sinis membuatkan orang menyampah)

Ketahanan bateri sangat luar biasa sebab ia tahan lama itu yang aku suka, syok gila naik memang tak puas kalau sekejap je. Kelebihan Ninebot-P menggunakan produk yang serupa state-of-the-art Lithium teknologi bateri yang tahan lama. Ninebot ni sangat jimat elektrik, para jurutera sentiasa buat kajian supaya pelanggan dapat kepuasan dalam sesuatu produk yang dihasilkan. Bila kau pegang je lepas tu tetiba bateri abis rasa nak marahkan tak dapat naik ninebot betul tak??, itulah perkara yang tak nak berlaku kat kita sebab ia menggunakan bateri state of the Lithium dan hanya perlu cas sekejap. Jadi jimat elektrik kat rumah korang, tak payah la bising-bising lepas tu bil eletrik naik sebab cas ninebot. Kalau tetiba naik mungkin korang lupa matikan suis lampu kat rumah.

Ninebot semakin popular dan ia boleh di gunakan semasa membeli belah, kalau orang pompuan shopping mesti banyak barang dan tak larat nak angkat sampai senget-senget bahu sebelah bawa barang. Korang kena dapatkan ninebot takut ada orang ingat, OKU tengah shopping. Kalau ada orang teguq cakap kau OKU mesti malukan. Selain tu, kat tempat pusat peranginan pun dah nampak ramai yang guna ninebot untuk memudahkan kerja dorang sama ada di luar atau dalam hotel.



Masa naik tu ingatkan ada butang untuk kita kawal rupanya kena kawal sendiri, nasib baik ada pemegang senang sikit nak kawal Ninebot-P, tapi aku rasa dah macam baby baru belajar jalan, tak tih-tak tih gituww , kena ada orang jaga aku dari awal hinggalah abis aku pusing. Nama pun pertama kali, mestilah kena jaga aku elok-elok. Depa jaga aku dengan tabah dan sabar, dah la masa mula-mula naik tak jalan dah sampai hujung tak tau belok pulak tu jadi kena ada orang tolong belokkan. Kalau kena amik lesen Ninebot mau file kena amik 2 ke 3 kali. 


Sebenarnya banyak kon dah aku langgar, tapi orang tak perasan sebab aku langgar kaki kon tu je. Kalau kon tu hidup mau dia jerit sekuat hati. Hebat tak aku naik Ninebot  dah pandai belok, walaupun banyak kali langgar kon. Dah pandai naik Ninebot-P mesti la gembira sama macam kita ajar budak berjalan bila dia dah pandai jalan mesti gembira sebab lepaih ni tak payah nak dokung lagi"ini ibarat aku seorang baby"tolong jangan rasa geli tekak, okey.



Ninebot mini Pro, Sebuah alat elektronik yang memudahkan kita berjalan ke pasar serta bebas tangan dan tak perlu pegang apa-apa. Kelebihannya, korang boleh download applikasi dan bluetooth, ia akan bergerak dengan sendirinya ikut kehendak kita. "Come to mama"gituwww, itu yang best. Kalau ada barang tertinggal dan korang parking kat hujung dunia bila kau perasan cashier kat belakang tengah bekejaran nak bagi barang yang tertinggal tapi bila tengok masih jauh, korang boleh guna Ninebot Mini pro, dah kata pro mesti la pandai jalan sendiri tapi kena kawal ye. Kesian cashier tu kepenatan kejar. 

Bila tengok jangan terkejut pulak konon-konon ada hantu naik Ninebot mini pro sebab jalan sendiri, bagi mereka yang tak tau atau tak pernah nampak mungkin akan fikir bukan-bukan betul tak? pastu ada yang takut-takutkan dorang, habis semua lari lintang-pukang.


Muka ketakutan, kalau Ninebot-P aku boleh pegang lagi senang nak kawal bila naik Ninebot mini pro nak pegang tang mana?? angin je ada, tak kan nak pegang angin confirm jatuh. Seriously, aku naik Ninebot mini pro asik nak undur belakang je nak cakap ada gear belakang takde pulak. Owh, maknanya selama ni aku berdiri tak betul la ataupun aku berdiri kat atas Ninebot yang tak betul? Aku amik gambar ni siap tahan nafas tau lepas tu berdiri tegak macam robot dengar lagu negaraku. Bila tahan nafas barulah tak undur, mungkin ada kesan terhadap udara agaknya. 

Masa nak undur ke belakang, aku siap hulur tangan(macam anak hulur tangan dekat ibunya)cepat-cepat depa dapatkan aku. Alolorrr, so sweet.... caring gituu. Bila dah boleh imbangkan badan aku try gerak perlahan-lahan. Hebat juga aku ni (cakap dalam hati) boleh gerakkan Ninebot tanpa pegang apa-apa. Masa tu, ada yang tengah bagi maklumat tentang Ninebot tapi aku dengan selambernya lalu depan dorang nasib baik tak terlanggar " ini dasyat" dan dia cepat-cepat elak. Tak tau nak benti, jadi aku jalan je ke depan, Ninebot mini pro pun aku tak tau nak belok. Rupanya guna peha kalau nak belok. Korang nampak tak yang macam tempat duduk, itu untuk kawal, korang nak ke kiri atau ke kanan. 

Sebenarnya Ninebot mini pro lebih mudah nak bergerak tapi bab nak imbangkan badan kena pandai-pandailah ye. Aku pun masih tak tih-tak tih (jalan perlahan-lahan) kena ada orang pimpin tangan dulu. 

The Ninebot One E+sebuah Ninebot yang mempunyai 1 roda. Reka bentuk yang menarik serta bentuk yang ringkas, bergaya, sopan dan elegen. Ninebot One E+ ada dua aksesori iaitu pemegang aksesori dan pembantu set roda. Bukan itu sahaja, ia juga kalis air tanpa mengira angin dan hujan. 

Cara nak bersihkan Ninebot 
  1. Caranya sangat senang, mula-mula ambil air.
  2. bersihkan di tempat yang kotor
Mudahkan, dua cara je kotoran pun hilang. Bila tengok satu roda mesti ramai tertanya-tanya macam mana nak guna Ninebot One E+, mesti susah nak guna. ia lebih kurang dengan Ninebot mini pro, nak simpan Ninebot One E+pun senang macam angkat beg je.


Lampu yang terdapat Ninebot mini pro memang cantik, warna warni pulak tu. Nak keluar waktu malam tak payah bawa lampu suluh.

maklumat lanjut:

Laman web
facebook

imaan suci wipes bantu menanggalkan makeup dengan mudah

$
0
0
Assalamualaikum  

Siapa yang dekat sini suka makeup dan bila nak ambil wuduk kena basuh muka lama-lama sikit, baru yakin nak ambil wuduk untuk menunaikan solat. Aku makeup biasa-biasa pun kadang tak yakin rata ke tak aku ambil wuduk. Nak jumpa kekasih hati kenalah bersihkan diri betul-betul, kalau busuk masam takut tak di terima. Sia-sia je tunaikan solat tapi amalan kita tak di terima. 

Ramai sebenarnya wanita di luar sana tak suka makeup tapi kalau di biarkan begitu tanpa makeup memang nampak lesu dan tak bermaya macam orang kurang sihat pun ada. Kalau yang kerap tidur lambat nampak bawah mata tu hitam macam panda pun ada. Itu yang kita kena makeup sedikit beri wajah kita berseri dan yakin bila berhadapan dengan orang ramai. 

Baru-baru ini aku telah hadir ke pelancaran Imaan Suci Wipes ialah tisu pembersih solekan nombor satu dan di gemari lelaki dan wanita. Eh, kenapa lelaki pun boleh pakai, adakah mereka dalam golongan maknyah, yang awww-awww pakai? oh, tidak sama sekali. Lelaki yang berbadan sado, pemain badminton, chef atau pekerja kontraktor pun boleh pakai ia tidak kira siapa anda. Produk ini nampak macam dah lamakan tapi sebenarnya ia baru sebulan di pasaran. Ramai pengguna yang suka produk ini, bila dah habis, dia orang pasti ada repete order lagi, nampak tak ramai yang suka. Bila mereka pakai tisu pelembab penanggal solekan Imaan dah tak perlu bawa pencuci muka lagi, ia juga boleh hilangkan mascara dan eyeliner. 

Kebaikan pembersih solekan nombor 1
  1. Suci tanpa alkohol
  2. pembuang solekan water proof
  3. Make-up tebal mudah di bersihkan
  4. dua dalam satu ( membersih dan menyegarkan)
  5. sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  6. senang di bawa

Sekarang dah ada produk untuk tanggalkan solat, mudah la kita nak solat nanti. Haip, jangan tinggalkan solat tau semata-mata makeup tebal dekat muka dan susah nak tanggalkan. Sekarangkan dah ada imaan suci wipes, jangan jadikan alasan takut kita dapat balas.



nampak tak pakaging dia yang comel tu, mudah je nak bawa pergi mana-mana, bawa pergi travel pun boleh. Nak selit dalam beg pun masih tak rasa berat. Kalau ada yang tertanya-tanya, satu paket tu ada berapa tisu? jawapannya ada 10 helai. Kalau beli satu set lebih mudah jadi ada 30 helai tisu. Imaan suci wipes ini bau wangi macam kita pakai minyak wangi, baunya lembut je.


Siapa yang berminat nak dapatkan satu kotak terus lagi senang, kalau dekat tangan dah habis boleh ambil dekat dalam kotak. Okey, dalam satu kotak ini ada 6 set jadi ada 18 paket. Siapa yang kretif, ia boleh buat hantaran sebab pakagingnya yang nampak suci dan bersih serta design tisu yang unik, memang sesuai sangat. 

Testimoni Imaan suci wipes



Walaupun tak sampai setahun, ramai yang bagi komen positif terhadap Imaan suci wipes. Nampak tak testimoni tu? lelaki pun suka Imaan, ia juga dapat buang kotoran serta daki yang melekat di wajah. Bakteria sentiasa ada di sekeliling kita, bila pakai Imaan suci wipes rasa meleket kat muka pun kurang dan ia lebih selesa.

Pengguna Imaan Suci Wipes




Siapa perasan David teo, Epy Kodiang, Julia Farhana, Biker, Ketua menteri melaka dan ramai lagi yang dah pakai Imaan ada juga bawa pergi travel. Mereka suka sangat imaan ia berbau lembut dan wangi.


Alahai, cantiknya owner produk ni, cantik je sporting pula tu



Bersama para angel dan owner produk Wawa idris serta imaan, comel dan cantik semua.


Model Imaan Suci Wipes


Suatu produk yang memudahkan kita bersihkan wajah untuk tunaikan solat, masih baru dalam pasaran tetapi ramai yang gemar imaan suci wipes. Nak tengok testimoni lain, boleh ke instagram @imaa.suci.wipes.

Info lanjut 

laman web
boleh hubungi 
0193922261 
instagram agent 

pelancaran produk Innergie

$
0
0
Assalamualaikum  

Sebelum Ini aku ada cerita tentang innergie, dan ramai yang tanya bila nak ada kat pasaran dan berapa harganya. Nampak mudah je nak bawa bergi mana-mana, sebab tak payah bawa empat ke lima charger buat berat beg je. Pelancaran ini untuk memperkenalkan produk innergie jadi sudah tentulah banyak adapter atau charger yang memudahkan untuk kita pergi jenjalan terutamanya travel.

Yang nak dapatkan secepat mungkin tapi rasa ianya mahal boleh beli dan dapatkannya sekarang sebab promosi sedang berjalan, aku tak pasti promosi sampai bila. Memang jauh beza harga asal dan harga promosi barang berkualiti mestilah harganya agak mahal tapi memang berbaloi kalau sudah dapatkan innergie. Pengalaman aku bila dah ada innergie ialah dah tak gaduh dengan adik beradik lagi semakin erat silaturrahim adalah sebab itu aku bagi cadangan satu rumah satu innergie.



Ini adalah antara Innergie yang aku dah dapatkan, best wey pakai innergie ni palai aku suka LifeHub sebab boleh charge 3 phone dalam satu masa nak cherge powerbank pun boleh nak charge pun sekejap jimat tenaga elektrik.



Yang tertanya-tanya mana nak dapatkan Innergie ni, mesti la kat Lazada. aku suka barang kat lazada penghantarannya pun tiptop cepat je dorang hantar barang bila kita order. Tanpa ada kerosakan dan kesilapan pada barang tersebut. Selain LifeHub ada lagi produk innergie yang lain seperti PowerGear, Wizard,  Powercombo Go plus White dan banyak lagi. 


Best ke Innergie?

Mestilah best, sebab beg ringan je kalau nak pergi mana-mana, aku pun bukan jenis suka bawa beg berat-berat. Sakit bahu tau, lepastu mulalah setiap  perjalanan setiasa berhenti. Mana nak dapatkan barang ni kalau bukan di laman web Lazada


Ini adalah harga promosi di Lazada, nampak tak perbezaannya. Kalau ada budget duit lebih tu boleh simpan, masuk dalam tabung. Bila tengok harga murah dan kualitinya pun bagus semua orang puas hati, nak dapatkan inngergie sebab tahan lama.


info lanjut


Happy birthday Althea: #altheaturns1

$
0
0
Assalamualaikum  



Happy birthday althea, sebenarnya tak sangka hari lahir orang lain tapi aku yang dapat hadiah, sedangkan hari lahir sendiri pun susah nak dapat. Althea suka buat orang terharu, ini yang sayang lebih dekat Althea. 

Althea bukan nama orang ia adalah sebuah laman web yang menyediakan pembelian atas talian barang kecantikan terus dari Korea. Siapa suka barang makeup dari korea boleh ke laman web Althea, kadang dekat kedai-kedai kecantikan pun barang yang kita nak tak lengkap nak face makeup, lip makeup, eye makeup semua ada di althea.



Pertama kali shopping dengan Althea rasa exited, barang yang aku tak tau terus tau, yang tak pernah nampak pun ada. Kalau dah nama perempuan memang lama la tengok barang kecantikan, banyak kali jugalah aku tengok barang Althea ni. Dah pilih 4 barang, bila fikir balik, eh ini dah ada nak pilih ni la. Sebelum buat keputusan nak beli fikir semula barang ni susah nak cari baik beli yang ini. Nampak tak betapa sukarnya wanita nak buat keputusan beli sesuatu barang sebab aku taknak menyesal di kemudian hari. Korang pernah tak mempunyai perasaan macam ini? "sukar membuat keputusan".

Bila barang dah sampai, terasa macam itu birthday aku, mana taknya siap ada " TOPI HAPPY BIRTHDAY & BELON" nasib baik ada perkataan happy birthday Althea, kalau tak aku lupa diri dan mengangap ia birthday aku (mungkin sebab jarang sambut birthday). Sempena hari lahir Althea, barang-barang di laman web tersebut tengah ada diskaun yang jauh lebih murah yang berada di kedai luar sana, kalau korang pun nak merasa kegembiraan macam aku pergi je laman web althea. Korang tak perlu jejak Korea semata-mata cari barang kecantikan macam pelakon korea.



Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016
  • Limited Edition Birthday Box + DIY Party untuk pesanan yang dibuat pada 20/7/2016 - 31/7/2016 
  • Goodies Percuma untuk 1,500 pembeli pertama. Saiz penuh produk kecantikan tapi ia limited
  • Birthday Giveaway. Pick 3 produk Top selles untuk 100% REBAT! Rebat akan dikreditkan ke dalam akaun anda.

Bila dah beli barang Althea secara automatiknya korang boleh joint #AltheaTurns1 Peraduan Instagram althea dan apabila dah dapat kotak hadiah birthday tu,hiasla cantik-cantik ikut kretiviti sendiri dan ucap ulangtahun kepala #Altheaturns1 dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Macbook Air, Ipad Air 2, 6S iPhone, Galaxy S6 Edge, Kamera Canon EOS M10 Selfie, kredit Althea dan kecantikan hamper dari Althea, hadiah berjumlah bernilai KRW10,000,000 untuk dimenangi. Peraduan bermula dari 20 Julai - 15 Ogos 2016. Best tak tengok hadiah yang di tawarkan oleh Althea?. apa lagi jangan lupa ucap happy birthday #altheaturns1.

info lanjut:
website : www.althea.kr

sertai yeo's i love Malaysia untuk memenangi tiket percutian ke Korea

$
0
0
Assalamualaikum 

Pasti ramai yang teringin nak ke korea, merasai sendiri cuaca sejuk beku kat sana, yang pasti baju sejuk jangan lupa bawa kalau tak menggigil la korang kat sana. Nasihat aku beli dekat malaysia dan buat persediaan awal kalau nak jimat kos. Nak lagi jimat kena sertai Yeo's Malaysia untuk memenangi tiket ke Korea.

Jenama Yeos yang terkenal dengan makanan dan minuman ingin meraikan bulan Ogos yang penuh cinta, mana tak cintanya itukan bulan kelahiran aku, mestilah penuh cinta. Yeo Hip Seng (Malaysia ) syarikat peneraju telah melancarkan, Kempen yeos "I love malaysia" mesim kedua berlangsung dari 28 Julai hingga 15 Oktober 2016. Dimeriahkan dengan duta Yeos's Yeogurt Akim Ahmad dan pasangannya Stacy Anam. 


Sempena perayaan 59 tahun kemerdekaan, Yeos mengajak seluruh rakyat Malaysia mengikut #Rentakbahagia dan Yeo's telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1957 dan berkembang bersama Malaysia sejak sekian lama. Kempen 'Yeo's i love Malaysia musim ke dua bertema #Rentakbahagia dimana kempen ini membawa warga Malaysia menjiwai rasa cinta serta perasaan bahagia terhadap negara kita. 


Majlis pelancaran Kempen Yeo's i love Malaysia turut dimeriahkan dengan kehadiran Vincent Chui, Naib Presiden Pertama Bahagian Pemasaran Yeo's. Duta Yeo's Yeogurt Akim Ahmad telah bersama selama dua tahun berturut-turut. 


Pasangan duta Yeo's Yeogurt turut bekerjasama dengan mengikuti kempen Yeos , i love Malaysia musim kedua. Penyatuan mereka merupakan tanda cinta antara satu sama lain, Mereka juga sering berkongsi mengenai minuman kegemaran sewaktu kecil dan kebanyakan berkait dengan yeos. 


 Korang nak pilih air kotak mana satu, kiri, kanan atau bawah? kalau kiri minum sorang,( nampak selfish) kanan berdua ( nampak romantic) bawah reramai ( dapat erat silaturrahim) hihi "Air kotak besar tu kalau ada betul, mesti korang tak dapat habiskan mana nak dapat besar macam tu kan".

Yeo's bakal mengadakan jelajah di pusat beli-belah terkemuka seluruh Malaysia  pada tarikh yang di tetapkan. Pelbagai aktiviti di sediakan bagi bula kemerdekaan. Akim dan Stacy akan berada di lokasi yang ditetapkan iaitu: 
  • East Coast Mall, Kuantan (28-31 Julai 2016) masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
  • 1 Borneo, kota Kinabalu (19-21 ogos 2016) masa :  10.00 pagi - 10.00 malam
  • Setia City Mall, Selangor (1-4 sept 2016) masa :  10.00 pagi - 10.00 malam
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang ( 29 Sept-2 okt 2016) masa :  10.00 pagi - 10.00 malam
  • Plaza Merdeka, Kuching ( 7-9 Oktober 2016) masa :  10.00 pagi - 10.00 malam

Cabaran instagram #RentakBahagia, bawa 3 pasangan ke Korea.

Cabaran instagram #rentakbahagia bermula 28 julai hingga 15 Oktober dengan Misi dalam mengumpulkan 10,000 foto & video berkisahkan kecintaan yang bermula daripada keluarga, rakan-rakan, komuniti, dan sekeliling. Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Cara menyertai: 
  1.  Ambil foto yang berkonsepkan ''cinta'' contohnya keluarga atau kawan karib
  2. Muat naik foto ke laman instagram individu masing-masing
  3. Gunakan #rentakbahagia bersama #yeosyoegurt
  4. tag lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini
#Rentakbahagia video:
  1. Rekod video durasi 30 saat hingga 1 minit berdasarkan lagu #Rentakbahagia Akim dan Stacy. Nyanyian dan tarian adalah dibenarkan. ( lagu boleh didapati laman Youtube Yeo's Malaysia pada 20 ogos 2016)
  2. Muat turun video ke laman instagram masing-masing
  3. Guna hastag #rentakbahagia bersama #YeosYeogurt 
  4. tag lima orang rakan dan cabar mereka menyebarkan cinta ini
  5. pastikan malan instagram dipublic
Cabaran ini membuka peluang kepada orang ramai membawa pasangan ke Korea. Tiga pemenang utama akan menerima tiket percutian ke korea manakala 11 hadiah saguhati ke taman tema seperti sunway lagoon, legoland dan sebagainya bersama keluarga tersayang.

Maklumat lanjut 
Untuk menyertai cara penyertaan selanjutnya, layari laman web Yeo's malaysia di www.yeos.com.my atau hubungi pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828

pengalaman mendaki gunung irau

$
0
0

alhamdulillah, akhirnya tamat praktikal dan seterusnya ke fasa yang semua orang harus lalui iaitu bekerja. Sebelum itu, nak juga selebrate tamat praktikal. Kebetulan dapat whatapp aktiviti ke Gunung Irau dan tarikh itu juga seminggu lepas praktikal jadi kena kosongkan tarikh tu untuk ke gunung Irau. Selain blogging dan melukis" lukisan macam budak tadika tetap nak melukis" gemar juga mendaki. kalau boleh nak tawan semua Gunung di Malaysia ni. " macam larat.

Bila jejak je Cameron suasana sejuk tak berapa rasa mungkin masih merasai kehangatan berada di bas. Bila menjelang pagi subuh dan ketika itu kau malas nak bangun dek kerana masih di buai mimpi sudah berada di puncak buat apa nak mendaki lagi. Rupanya itu adalah mainan mimpi dan kau kena bangun serta tunaikan solat bila jejak je tanah kaki terus menggeletaq sampai ke tulang , makkk..aih sejuk naa rasa nak perap dalam bas ja tak mau turun, macam manalah depa boleh tinggal dekat sini memang perlu iman yang kuat  dan jiwa yang kental kalau nak tinggal dekat cameron.

bila dah sampai ke destinasi kena tunggu pula kereta khas untuk ke Gunung Irau, sebenarnya tak tau pulak kena naik kereta ni ingatkan sampai boleh terus naik maklumlah tak pernah pergi Gunung Irau.


Bagaikan pelarian yang tengah cari tempat berlindung agar pak polisi tak ketemu. 


Sedang memberi semangat kepada rakan yang lain agar tidak gentar, lama juga nak sampai, dapat tengok pemandangan yang menghijau di sekeliling, pokok teh, strawbery dan sayur-sayur yang segar pada pagi hari. Sebenarnya takde la pagi sangat nak dekat pukul 9 cam gitulah. 


Kebiasaannya, bila nak lakukan aktiviti pasti akan regangkan urat supaya tak kejang. Kalau boleh senaman tu buatlah sampai ringan kaki nak gerak. Aktiviti yang macam ni memang memerlukan ketahanan fizikal yang kuat, kiranya kalau tak kuat kau sukar untuk sampai ke puncak tapi kalau sampai separuh pun okey, sebab dah cuba yang terbaik.  


Bila tengah teruja nikmati suasana menghijau dalam hutan, elok posing untuk dijadikan kenangan kau kena faham kalau ada yang mengacau, Kaki pun nak bergambar untuk jadikan kenangan di hutan rimba yang penuh cabaran dan onak duri. Aku pun dah macam Jane muslimah (tarzan) yang belajar mengenai selok belok hutan cuma tak panjat pokok je. 


Kalau kau seorang pompuan dan berada di hutan/gunung boleh berangan macam prinses kejap sebab pasti akan ada jejaka yang akan jaga kau bagai bodygurd yang akan pastikan keselamatan supaya takde yang mengancam kau. Seronok juga ada yang jaga, walaupun muka aku tak macam prinses langsung masa tu dan keadaan compang-camping semacam. 


Dari jauh kau nampak ada yang sedang melambai-lambai, tapi untuk sampai ke sana perlukan masa untuk sampai, apalagi kena kuatkan kaki nak daki. Aku pun balaslah lambaian tersebut taknaklah dia rasa keseorangan dan kecewa sebab lambai sensorang.  


Pandang kiri kanan takde sapa ada, jadi juru camera masa ini adalah timer. Nak taknak kena cepat sepantas kilat duduk molek-molek agar gambar tak goyang. Kalau selfie tak nampak pemandangan belakang yang ada nanti 3 muka setepek kat camera. (memang tak cun langsung) 


Masa untuk masuk ke dimensi lain, nampak tak yang macam gua kat belakang tu, sebenarnya keliling tu adalah akar pokok yang telah bergabung dan jadilah macam gua. 

Cabaran yang harus hadapi adalah lalu lumpur. korang kena hati-hati nak lalu sini sebab salah langkah je terus kasut kau akan di cat warna coklat yang tidak akan dapat di Chow kit atau pasaraya tapi itu juga akan jadi kenangan pahit manis pada masa akan datang.



Ini adalah kumpulan marathon, mana taknya aku tengah terkedek-kedek langkah berhati-hati supaya kasut tak kena cat coklat tapi akhirnya tewas, ada kesan cat coklat seperti belacan. Kalau belacan betul takpe juga boleh masak buat sambal belacan. Sedapnyaaa.


Sempat menyelit di tengah akar, Kena bertahan kalau nampak semut berkeliaran demi mendapatkan sekeping gambar yang ohsem.


Pertama kali main masak-masak dekat gunung ni , dan inilah makanan yang paling sedap yang pernah aku rasa waktu tu, walaupun ada makanan lain aku terpaksa menolak dahulu utamakan Maggie yang membuatkan aku terliur. Ya Allah, nikmat tau makan maggie waktu lapar. Orang yang pernah rasa lapar akan rasa nikmat dan syukur.


Abaikan mata yang tengah pejam, mungkin masih di awangan dan tidur lena di bas.


Alhamdulillah kali ni dapat jejak Gunung irau pula, terasa macam hidup di zaman batu cuma dah moden sikit tak payah nak cari ranting-ranting kering untuk hidupkan api demi mengisi perut yang lapar. 


Dalam otak hanya pikir tangga. Masa nak turun gunung rasa nak cabut kaki je buat tongkat. Penat yakmat, sakit kaki susah nak di gambarkan. Tapi jangan sesekali mengeluh sebab dah tau kaki akan sakit buat apa daki. Banyak kali juga berhenti nak rehatkan kaki.


Masa mendaki dah tamat, masa untuk shopping. Kalau ke Cameron tak shopping strawbery tak sah. Pandang strawbery merah-merah tekak ni dah rasa masam manis ni belum makan lagi.


Mata masih melilau cari strawbery yang seger tapi tetiba di tegur oleh blogger yang agak pemes di carian engine tentang tip-tip yang di kongsikan di blog beliau iaitu Hasrulhassan. Selepas borak dalam 5-6 minit  kami selfie. Feling retis jap, aku tak pernah bergambar dekat pasar brinchang atau mana-mana pasar sekalipun, cuma peminat berjumpa dengan artis je dorang akan bergambar. sebab tu aku rasa happy jumpa sifu Hasrulhassan dia memang jarang turun Kl tu yang tak sangka jumpa dekat Cameron. 

CSR Program bersama Reen Rahim

$
0
0
Assalamualaikum 

Lepas daki gunung pada akhir bulan Julai yang lalu terus dapat undangan ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di sekitar area Chow Kit. walaupun kaki masih sedikit sakit tetapi atas keinginan untuk bertemu kanak-kanak di  Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih membuatkan aku ingin melihat keadaan mereka, adakah mereka baik-baik sahaja atau sebaliknya.


Pertama kali datang ke program seperti ini, bila tahu ada satu sekolah yang memberi peluang meneruskan pelajaran sekurang-kurangnya mereka dapat menimba ilmu dengan baik dan seterusnya mencari pekerjaan yang halal untuk keluarga. Program CSR Asianic bersama Reen Rahim di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih memang berbeza kerana program ini memberi peluang kepada kami berkenalan dengan kanak-kanak kurang bernasib baik seperti mereka terima kasih kepada pihak Wonderland Primary Sdn Bhd dengan jenama Asianic. Perkenalan yang singkat bersama dengan anak-anak bimbingan Jalinan Kasih juga menyedarkan kita betapa pentingnya pelajaran serta usaha demi mengubah kehidupan keluarga. 

Apakah kelainan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih?
  1. waktu persekolahan 8.00 pagi hingga 1.00 petang waktu pengajaran dan pembelajaran
  2. 2.30 petang hingga 4.00 petang waktu kokurikulum/ perkembangan bakat / KAFA
  3. murid yang tercicir dari sistem persekolahan harian secara berpanjangan
  4. kanak-kanak yatim piatu
  5. kanak-kanak warganegara yang menghadapi masalah sosial tidak sihat atau mangsa kepada gejala sosial.
Anak-anak SBJK sedang beratur untuk menerima sumbangan hari raya yang disampaikan oleh Reen Rahim.

pihak Wonderland juga telah menyumbangkan produk penjagaan diri dari jenama Asianic dan juga sumbangan duit raya kepada kanak-kanak disekolah, bertuah mereka kerana dapat produk penjagaan diri untuk seisi keluarga. 


Mereka juga telah dihiburkan dengan persembahan badut. Jelas terpancar kegembiraan mereka walaupun dengan masa yang singkat, mereka bukan sahaja dapat berjumpa dengan celebriti kegemaran mereka malah juga telah mendapat jalinan kasih dari setiap tetamu yang hadir.

Persembahan busker dari anak-anak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
produk jenama Asianic

Di formulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut seperti krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita. 




ini antara produk penjagaan diri untuk memastikan kebersihan keluarga dan harganya mampu milik dari RM10.90 hingga RM17.90 setiap satu juga mempunyai rangkaian produk halal yang pertama.

WEBSITE:  www.wonderlanprimary.com  (Aladdin Street.com)
FACEBOOK:   Asianichalal
INSTAGRAMAsianichalal
ADDRESS:   No 17, Jln PJS 5/26, Taman Desaria, 46000 Petaling Jaya
CONTACT:      +603 7782 6308

majlis doa selamat dan pelancaran filem M.O.X

$
0
0
Assalamualaikum 

Sebuat filem yang yang mengisahkan tentang aksi dan sains dengan usaha usaha kerajaan memupuk budaya 'STI' ( sains teknologi dan innovasi ). Filem yang jarang kita lihat dan ianya mengisahkan masyarakat terutamanya generasi muda melalui babak-babak yang melibatkan aplikasi saintifik, kreatif dan innovasi sains terkini.


Misi operasi X ini telah di kaji selama 10 tahun untuk mendapatkan gambaran dan cerita supaya menjadi lebih menarik, filem yang di arahkan oleh Dato Zulkeflie M Osman di bintangi oleh Ebi Kornrlis (AF5) membuat 'come back' pertama menerusi filem 'M.O.X' . Don Pedro yang di pegang watak oleh Ebi telah menyahut cabaran bagi menjayakan watak yang di bawa. Pelakon Indonesia yang juga semakin meningkat juga membintangi filem 'M.O.X' iaitu Tya Arifin dan seorang lagi bakat baru turut di cungkil melalui filem ini adalah Shareeta Selvaraj seorang model dan pengacara. 

M.O.X adalah mengisahkan seorang ejen rahsia persekutuan, Don Pedro yang memikul tanggungjawab dalam misi baru yang diberi kepadanya untuk mencari dan menghapuskan dalang dari sebuah organisasi haram yang sering mengancam keselamatan  dan kestabilan negara. Filem M.O.X  juga menggalakkan kita berfikir apakah perancangan seterusnya yang akan di buat oleh Don Pedro dalam menyelesaikan misi ini.

ia juga menjalankan aktiviti yang mempunyai kaitan dengan pertubuhan ganas antarabangsa berpusat dari luar negara yang menggunakan senjata canggih untuk mengawal ekonomi dunia. Don Pedro telah menjadi penghalang kerana mencuba menyekat kegiatan-kegiatan haram kumpulan jahat. Kini Don Pedro menjadi buruan, dan mereka cuba menghapuskan Don Pedro.

Ini antara pelakon yang terlibat dalam filem M.O.X

Nantikan filem M.O.X di pawagam pada awal 2017. Budget di anggarkan 3.6 juta, nak tahu kesudahan filem M.O.X ini adakah Don Pedro dapat mempertahankan kekasihnya Fifi, serta apakah peranan Zeera dalam misi berbahaya Don Pedro?.


Untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang filem ni, jom kena tengok teaser operasi M.O.X yang akan membuatkan kita tak sabar nantikan tayangannya di pawagam. Nampak tak filem ini seperti bertaraf Hollywood dan kelihatan  ia sangat berlainan dengan filem yang kita pernah tengok sebelum ini.

Viewing all 621 articles
Browse latest View live