Quantcast
Channel: iuzira
Viewing all articles
Browse latest Browse all 621

Permata Hati Wilayah – Menyantuni Bayi Baru Lahir

$
0
0
Permata hati wilayah-Menyantuni bayi baru lahir, Kehadiran orang baru dalam sesebuah perkahwinan sangat mengembirakan bagi pasangan yang baru berumah tangga. Ia juga pelengkap bagi sesebuah keluarga dan perkembangan generasi serta keturunan.

Anak adalah insan yang akan membantu kita di hari tua jika kita tidak mampu bekerja lagi. Kita juga harus menjaga mereka dengan penuh kasih sayang supaya mereka tidak berasa tersisih dan rasa kurang kasih sayang. Kita sebagai ibu bapa harus bersedia dari segi fizikal dan mental menjaga insan baru kerana dunia ini penuh dengan dugaan dan cabaran.


Kebanyakannya pasangan yang baru kawin masih kekurangan duit simpanan kerana mereka telah menggunakan banyak duit untuk buat majlis perkahwinan. Walaupun anak itu anugerah yang berharga tetapi juga kita tidak bersedia mungkin ia akan jadi masalah sesebuah keluarga kerana masalah kewangan.

Sumbangan Lengkap Bayi Menerusi Program Permata Hati Wilayah

Jika pasangan suami isteri menimang cahaya mata, cabaran bagi mereka adalah perkakas bayi yang perlu di sediakan supaya bayi tersebut selesa dan tidak mudah dapat penyakit, tetapi barangan bayi sangat mahal dan perlu sediakan awal supaya tidak terasa beban untuk membeli barang keperluan tersebut.


Program Permata Hati Wilayah adalah program yang bertujuan meringankan beban serta membantu pasangan yang baru bersalin. Proses menerima cahaya mata baru khususnya golongan belia, dapat menyantuni para ibu ia juga dapat menceriakan pasangan bayi yang baru lahir.

Program ini adalah anjuran Wilayah Persekutuan yang di sokong oleh Puteri UMNO Titiwangsa. Program ini di lakukan di hospital-hospital terpilih, selain melawat ibu baru bersalin mereka juga memberi sumbangan barangan bayi dan peralatan selepas bersalin, di samping itu ia dapat meringankan beban ketua keluarga.


Keprihatinan dengan Program Permata Hati Wilayah ini, dengan kos yang semakin meningkat memberi kegembiraan pasangan baru lahir. Inisiatif ini juga dapat mengeratkan silatirrahim, semoga program seperti ini terus di adakan bukan sahaja di hospital terpilih malah di semua hospital bagi mereka berpendapatan rendah di seluruh Malaysia.

Kredit gambar google

Viewing all articles
Browse latest Browse all 621

Trending Articles